Friday, June 14, 2024
HomeBERITAEnam bulan diwar-warkan bersara, Park Yoo-chun buat kemunculan semula

Enam bulan diwar-warkan bersara, Park Yoo-chun buat kemunculan semula

Pelakon, Park Yoo-chun yang disabitkan dengan kesalahan penggunaan dadah tahun lalu mengumumkan dirinya secara rasmi membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.

Pengumuman itu dibuat menerusi platform Instagram barunya @pyc_official_ dua hari lepas.

Setelah setengah tahun berita persaraannya berikutan skandal dadah, Yoo-chun kini sedang bergiat aktif menjalani satu penggambaran.

April tahun lalu, C-JeS Entertainment menamatkan kontrak Yoo Chun selepas selebriti rakamannya didapati positif dadah jenis methamphetamine bersama bekas tunangnya, Hwang Ha-na.

Pelakon yang juga bekas anggota kumpulan K-pop, JYJ ditangkap kerana membeli 1.5 gram methamphetamine sebanyak tiga kali dan mengunakannya lima kali dengan Hwang pada awal tahun 2019.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments