Sunday, October 20, 2024
HomePOLITIKSiapa MB Perak bakal diketahui hari ini

Siapa MB Perak bakal diketahui hari ini

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-13 akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim, berkata Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan majlis itu diadakan pada jam 3 petang.

“Dimaklumkan bahawa Paduka Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah memberi perkenan supaya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah hari Jumaat jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Siang tadi, Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS mempersembah tiga calon menteri besar baharu kepada Sultan Perak di Istana Kinta.

Mereka ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi BERSATU Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments