Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPergerakan rentas negeri, tiada kemudahan penjualan makanan di R&R

Pergerakan rentas negeri, tiada kemudahan penjualan makanan di R&R

Bagi anda yang telah mendapat kebenaran dan terlibat dalam pergerakan rentas negeri yang akan bermula pada 7 Mei nanti, ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Jabatan Perdana Menteri, beberapa garis panduan dan informasi telah disenaraikan buat rujukan anda.

Perlu diambil perhatian bahawa stesyen-stesyen minyak di sepanjang lebuh raya hanya akan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 malam sahaja.

Hanya fasiliti tandas awam dibenarkan beroperasi di kawasan rehat dan rawat R&R dan tiada sebarang kemudahan makanan di kawasan R&R ini.

Kawasan tempat meletak kereta hanyalah untuk tujuan rehat dan pengguna tidak dibenarkan keluar kereta kecuali ke tandas.

Surau-surau turut ditutup dan solat berjemaah adalah tidak dibenarkan.

Pengguna juga dilarang melakukan aktiviti berkumpulan di sepanjang perjalanan pulanf.

Anda perlul mematuhi arahan pergerakan dan prosedur agar perjalanan ke destinasi berjalan lancar.

Berhati-hati ketika memandu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2928707943890027&id=463149510445895

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments