Friday, July 26, 2024
HomeBERITAPenganjuran Program Loteri Khas Keluarga TM palsu!

Penganjuran Program Loteri Khas Keluarga TM palsu!

Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan dakwaan penganjuran program Loteri Khas Keluarga Telekom Malaysia dengan ganjaran hadiah berupa wang tunai yang memerlukan pemenang menghantar butiran peribadi melalui e-mel.

Melalui hebahan Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), TM juga turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang sindiket penipuan e-mel dan membuat semakan di http://bit.ly/ScamAlert-1, http://bit.ly/ScamAlert-2 dan http://bit.lv/ScamAlert-3.

[7 Mei 2020, 10:00 pagi]PEMAKLUMAN BERITA PALSUBerikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.#COVID19#DudukRumah#MCMC#NormaBaharu#Sebenarnyamy#TidakPastiJanganKongsi

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Rabu, 06 Mei 2020

Selain itu, pihak pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menafikan pihaknya pernah meminta orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasaraya di Masjid Tanah pada 1 dan 2 Mei 2020 lalu untuk menjalani saringan COVID-19.

JKN Melaka turut menasihati sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, untuk terus menghubungi CPRC Melaka di talian: 062356999 6851 atau e-mel cprcmelaka.moh.gov.my.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk merujuk Telegram Rasmi MKN (https:/t.me/MKNRasmi) untuk mendapatkan maklumat sahih.

#tidakpastijangankongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments