Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAGaris panduan Solat Sunat Aidilfitri di rumah

Garis panduan Solat Sunat Aidilfitri di rumah

Memandangkan rakyat Malaysia masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, garis panduan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada musim PKPB telah dikeluarkan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Info Terengganu, solat sunat Aidilfitri harus dilaksanakan dengan atau tanpa bacaan khutbah.

GARIS PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA MUSIM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)1. Harus melakukan solat…

Dikirim oleh Info Terengganu pada Rabu, 06 Mei 2020

Selain itu, umat Islam dalam negara juga harus melakukan solat sunat hari raya bersama keluarga di rumah dan mana-mana ahli keluarga yang dikuarantinkan dengan syarat mengikut SOP PKPB dengan menjaga penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter dengan makmum yang lain.

Digalakkan juga melafazkan takbir raya di rumah dan tidak dibenarkan takbir dari rumah ke rumah.

Bagi kaum lelaki yang cukup umur boleh menjadi imam sama ada makmumnya lelaki dan perempuan manakala wanita hanya boleh menjadi imam sekiranya makmum terdiri daripada kaum wanita sahaja.

#BICARAMUFTI
#RAMADAN2020
#jabatanMuftiTerengganu
#StayAtHome #Terengganu #KitaMestiMenang #BreakTheChain #KekalDiRumah #COVID19Malaysia
#AllahJagaKita #IngatAllah #AwokKitaBolehHarap
#teganukita
#TVDI

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments