Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAIbu bapa dibenarkan bawa pulang anak yang berada di kampus, terhad pergerakan...

Ibu bapa dibenarkan bawa pulang anak yang berada di kampus, terhad pergerakan dalam negeri sahaja

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan ibu bapa mengambil pelajar di kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

KPT juga memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 5 Mei 2020 juga telah bersetuju untuk membenarkan ibu bapa pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).

Kebenaran itu juga tertakluk kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti untuk menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing.

Walaubagaimanapun, kebenaran terbabit terhad kepada pergerakan di dalam negeri (intra-state) sahaja.

KPT turut mengingatkan bahawa urusan pergerakan pulang hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebarang maklumat lanjut mengenal perkara ini boleh menghubungi Bllik Gerakan KPT yang beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu di talian : 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments