Saturday, June 22, 2024
HomeBERITABerat badan naik ketika berpuasa? Jom baca info dari Pakar Pemakanan KKM

Berat badan naik ketika berpuasa? Jom baca info dari Pakar Pemakanan KKM

Ramai beranggapan apabila menjalani ibadah puasa selama sebulan, berat badan akan menurun.

Tetapi hakikatnya bagi kebanyakan kita, harapan hanya tinggal harapan apabila apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Persoalannya, mengapa ini berlaku?

Menerusi laman media sosial Facebook @Fara WR, Pakar Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi punca kepada kegagalan penurunan berat badan.

1. Tidak bersahur.

Apabila kita tidak bersahur, badan tidak menerima sumber untuk dijadikan tenaga. Ini memberi rangsangan kepada sistem otak kerap berfikir tentang makanan. Makanan yang difikirkan pula adalah tinggi kalori dan gula kerana gula sudah berkurangan dalam badan. Jadi, kita akan terarah untuk mengambil kumpulan makanan ini ketika berbuka puasa.

2. Sahur sebelum tidur.

Alasan sukar bangun sahur perlu diatasi kerana makan sebelum tidur memberi kesan tidak baik. Apabila kita makan, tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal dan terus saja masuk tidur, makanan yang disimpan akan berubah menjadi lemak.

3. Makan ikut nafsu.

Ala-ala buffet hotel, penuh meja makan bermula dengan air, pembuka selera, lauk pauk, dan kuih muih. Macamana tu?

Sebaiknya ikut saranan pinggan sihat Malaysia #sukuSukuSeparuh. Suku untuk karbohidrat, suku bahagian protein dan separuh untuk buah dan juga sayur.

4. Makan dengan gelojoh.

Tahukah anda, badan akan memberi signal kenyang kepada otak dalam masa 15 ke 20 minit. Jadi, makanlah dengan perlahan agar tidak terlebih pengambilannya dan mengurangkan risiko tercekik.

5. Air manis berlebihan.

Siapa tidak suka air manis, ditambah pula dengan ketulan ais kan. Bergelas-gelas pun boleh dihabiskan.

Diketahui dan dikhuatiri akan risiko pengambilan gula yang berlebihan, hadkan 1 hingga 2 gelas air manis. Minum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari.

6. Kurang makan sayur dan buah.

Kandungan serat yang tinggi dalam kumpulan makanan ini mampu membuatkan kita kenyang lebih lama. Adalah disarankan untuk mengambil tiga sajian sayur dan dua sajian buah dalam sehari.

Tidak sukar untuk mengamalkan tips yang diberikan.

Asal kita sedar akan kebaikan bersahur sebelum masuk waktu perpuasa, makan secara sederhana ketika berbuka dan memberi perhatian kepada makanan sihat, kita pasti boleh mendapat berat badan ideal.

Jom sihat!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217147186056432&id=1373134227j

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments