Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPerbezaan sifat lantikan jawatan oleh Kerajaan Persekutuan dan lantikan di bawah perkenan...

Perbezaan sifat lantikan jawatan oleh Kerajaan Persekutuan dan lantikan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong

Ramai yang tertanya-tanya, apakah kedudukan seseorang individu yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk menerajui mana-mana Agensi Persekutuan, apabila berlakunya perubahan kerajaan pada 1 Mac lalu daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Ada juga persoalan yang diajukan berhubung kedudukan individu yang dilantik di bawah perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong seperi Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, selepas pembetukan kerajaan baharu.

Jawatan-jawatan yang dilantik dibawah kerajaan persekutuan ada dua jenis iaitu lantikan melalui ‘syor’ kerajaan kepada ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong dan perkenan dan pelantikan individu pada kerusi masing-masing.

Yang kedua, pelantikan dari kerajaan persekutuan sendiri tanpa penglibatan ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong iaitu pucuk pimpinan tertinggi kerajaan akan mengesyorkan melalui menteri masing-masing yang mengendalikan agensi-agensi dibawah kementerian masing-masing kepada Perdana Menteri dan surat lantikan dikeluarkan oleh kerajaan.

Kedua-duanya berbeza berhubung dengan mandat. Mandat pelantikan oleh Yang Di-Pertuan Agong walaupun disyorkan oleh Perdana Menteri atau kerajaan yang mentadbir masa itu adalah daripada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya mandat kerajaan persekutuan.

Contoh seperti Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan satu lagi contoh walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam perlembangaan tapi di bawah undang-undang khususnya Ketua Pengarah SPRM iaitu secara khusus dibawah Seksyen 5 Akta SPRM adalah lantikan baginda dan ada lagi beberapa lain dalam kategori tersebut.

Jadi tempoh lantikan mereka ini adalah untuk tempoh-tempoh tertentu tapi di bawah mandat baginda walhal mandat untuk pelantikan daripada kerajaan persekutuan adalah daripada kerajaan berkenaan, iaitu kalau kita patah balik kepada PRU-14 selepas 9 Mei 2018 sesiapa sahaja yang dilantik oleh kerajaan persekutuan di bawah kementerian dan agensi mana-mana sekalipun akan pengerusi, ketua dan sebagainya adalah perlantikkan daripada kerajaan persekutuan yang mana mandat dari Pakatan Harapan.

Walaupun mereka dilantik oleh kerajaan persekutuan mereka tidak boleh mengambil pihak, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab agensi masing-masing secara sebaiknya dan profesional mengambil kira akta masing-masing ataupun undang-undang kecil yang ada.

Contoh pelantikan di bawah kerajaan persekutuan seperti MARA, Pengerusi MARA, agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu KEDDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA dibawah akta kerajaan persekutuan lantikan datangnya menteri KPLB.

Menteri mencadangkan nama-nama kepada Perdana Menteri dan pelantikan di bawah kerajaan, tempoh ditentukan – ada yang dua atau tiga tahun atau sebagainya tapi mandatnya datang dari kerajaan persekutuan.

Pada 1 Mac lalu, rakyat semua tahu bahawa Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8  dibawah kerajaan Perikatan Nasional, kerajaannya dah berubah sebahagiannya dari UMNO, PAS, BERSATU dan juga gabungan daripada parti-parti Sarawak dan beberapa ahli parlimen yang bebas.

Kerajaan memang tidak dinafikan telah berubah sama ada kerajaan ini akan berubah atau tidak itu cerita lain dan itu adalah tertakluk kepada perkembangan dari masa ke semasa yang kita ingin bincang sekarang.

Isunya adalah mandat, sebagai contoh saya sendiri yang dilantik sebagai Pengerusi PERDA mulai daripada Disember 2018 untuk tempoh dua tahun yang masih berkhidmat, apakah kedudukan mandat saya dengan perubahan kerajaan.

Rakyat juga perlu faham, sumber kuasa atau sumber undang-undang Malaysia ada beberapa jenis pertama atau tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia, kedua adalah Undang-Undang Akta Parlimen, ketiga undang-undang kecil dibawah akta-akta parlimen dan keempat adat-adat pentadbiran, tadbir urus negara atau kerajaan adalah tertakluk berkonsep am keadilan, kesaksamaan dan profesional.

Apabila seseorang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, maka walaupun berubah kerajaan sekali atau beberapa kali selama tempoh perlantikannya maka seseorang itu tidak perlu letak jawatan melainkan atas sebab-sebab peribadi, walhal dia digalakkan teruskan dengan penjawatannya sebab lantikannya datang dari amanat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Walhal agensi persekutuan contoh seperti PERDA mandat datang dari kerajaan persekutuan, dengan berubahnya kerajaan sekarang ini dan ia menjadi tanggungjawab profesional saya atau mana-mana ketua, pengerusi atau agensi-agensi lantikan Pakatan Harapan dahulu secara profesional perlu serahkan balik mandat kepada kerajaan baharu Perikatan Nasional untuk menentukan siapakah atau individu yang mereka ingin lantik menerajui agensi-agensi tersebut.

Kalau perkara ini tidak dilakukan maka ianya boleh mencacatkan kesihatan konsep demokrasi dan tadbir urus yang sah kerana apa, contoh mandat saya datang dari Tun Dr Mahathir dan Menteri Rina Harun pada ketika itu, tapi sekarang Perdana Menteri dah berubah dan kerajaan berubah, dibawah akta PERDA, tanggungjawab Pengerusi dan lembaga di bawah PERDA adalah untuk mengikuti sebaik mungkin polisi-polisi am kerajaan berkaitan agensi-agensi tersebut dan bila kerajaan berubah polisi kerajaan akan berubah mungkin berkaitan agensi tersebut, itu adalah untuk kerajaan baru tentukan jadi sebaik mungkin secara profesional saya perlu serahkan balik mandat tersebut.

Saya tekankan disini kerana ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana dengan kedudukan lantikan mereka dan tidak pasti kedudukan perundangan dan sebagainya jadi saya harap dengan penjelasan ini mereka yang berkenaan yang ingin melakukan keputusan seterusnya boleh memahami dan membuat keputusan sendiri.

Perkara ini bukan sahaja merujuk kepada Pengerusi ataupun ketua-ketua agensi mengikut pangkat yang diberikan tapi tertakluk juga kepada ahli-ahli lembaga yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments