Friday, July 19, 2024
HomeBERITAEmpat ahli BigBang perbaharui kontrak eksklusif bersama YG Entertainment

Empat ahli BigBang perbaharui kontrak eksklusif bersama YG Entertainment

Minggu lalu tular di platform media sosial berkenaan berita lagenda muzik Korea Selatan iaitu BigBang dikatakan bakal membuat kemunculan semula ke dunia hiburan.

Setelah beberapa tahun anggota BigBang berpecah dan bergerak secara solo, kini mereka dilaporkan sedang sibuk mempersiapkan diri bagi pelancaran festival muzik dan seni tahunan Coachella.

Festival yang bertempat di Empire Polo Club, Indio, California dijadualkan berlangsung 10 April depan ditangguhkan ke bulan Oktober bagi menjaga keselamatan dari COVID-19.

Menggunakan hashtag #BigBangIsAlive, bintang K-Pop G-Dragon, Taeyang, T.O.P, dan Daesung akan membuat persembahan itu secara berempat kerana salah seorang ahli BigBang iaitu Seungri sedang menjalani latihan ketenteraan berikutan kes jenayah yang dihadapinya.

Terbaru, YG Entertainment memaklumkan bahawa kempat-empat ahli BigBang berkenaan telah memperbaharui kontrak eksklusif mereka bersama agensi dan bersiap sedia untuk mengegarkan industri muzik tahun ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments