Cedera parah ketika cuba selamatkan anjing stray, tindakan mulia penguatkuasa DBKL diiktiraf

0

Tindakan Penguatkuasa DBKL, Amran Mat Dali menyelamatkan seekor anak anjing stray ketika bercuti bersama keluarga di Port Dickson Negeri Sembilan ini membuktikan bukan semua pegawai penguatkuasaan PBT tidak menggemari anjing stray atau membenci haiwan stray.

Amran mengalami cedera parah setelah terjatuh ke dalam monsoon drain ketika cuba menyelamatkan anjing berkenaan dan telah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Aktivis Haiwan Abang Kucing dari AAT, mengambil tanggungjawab menziarahi Amran, penyelamat anak anjing stray sebagai penghargaan jasa dan pengorbanan beliau membantu anak anjing stray dan santuni haiwan meskipun tahu ianya merupakan haiwan liar dan tidak berada di bawah pengurusan kerjanya.

“Mangsa dari serangan anjing kita turun, serangan hidupan liar kita ambil peranan dan bantu, maka mangsa menyelamat haiwan yang cedera kita raikan juga” ujarnya.

Animal Malaysia dan AAT ketika itu menyampaikan Sijil Penghargaan, Surat Penghargaan kepada Amran termasuk kepada Ketua Jabatannya.

Pihak Animal Malaysia dan AAT turut memberikan cenderahati berbentuk baju T-shirt dan topi Animal Malaysia termasuk sebiji kek untuk meraikan mangsa.

Team The Malaya Post mendoakan agar Amran kembali sihat dan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply