Friday, May 17, 2024
HomeBERITAHaniff Khatri letak jawatan Pengerusi PERDA

Haniff Khatri letak jawatan Pengerusi PERDA

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela sebagai Pengerusi PERDA berkuatkuasa 13 Mac depan.

“Saya menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PERDA berkuatkuasa Jumaat, 13 Mac.

“Lanjutan daripada penjelasan saya berkaitan konvensyen dan tradisi tadbir urus sihat negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan, dengan berubahnya Kerajaan Persekutuan pada 1 Mac daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional, maka ianya menjadi tanggungjawab profesional saya untuk menyerahkan semula jawatan Pengerusi PERDA yang disandang saya sejak 28 Disember 2018 walaupun tempoh lantikan dua (2) tahun masih sah,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebook.

Haniff Khatri berkata Kerajaan Persekutuan baharu dengan pelantikan jemaah menteri pada 9 Mac harus diberi peluang untuk meneliti dan melantik mana-mana individu yang mereka percayai layak tanpa dikongkong pelantikan sedia ada oleh kerajaan terdahulu.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments