Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAMaklumat peribadi digodam, mangsa mohon orang ramai berhati-hati dengan perkongsian maklumat dalam...

Maklumat peribadi digodam, mangsa mohon orang ramai berhati-hati dengan perkongsian maklumat dalam sistem E-Wallet!

Sistem E-Wallet dan Touch n Go sememangnya memudahkan urusan namun sebaliknya berlaku terhadap Mohammad Fadzil yang hampir kehilangan ribuan ringgit dalam jangka waktu singkat apabila sistem E-Wallet miliknya telah digodam.

Kejadian ini telah dikongsikan oleh abang mangsa di laman Facebook, Mohammad Azhari Rahman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2742393955808117&id=100001126189691

“Maklumat penting sesiapa yang mendaftar E WALLET Elok lah di buang segera.. atau matikan akaun tersebut. Berlaku pada adik saya ada yang Hack E Wallet RM 1700 Melayang.. Korang Daftar Bagi Maklumat semua, Lepas tu Dapat Duit Setakat Rm30 sekali die kebas terngaga duit gaji korang.. aplikasi ni memang nampak dia nak bagi hadiah.. TAPI MANA YANG BELUM KENA TU JAGA2 LAH..”tulisnya.

Malah dia turut memuat naik gambar “screenshot” mesej dari telefon bimbitnya dan berserta laporan yang telah dibuat di balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Semalam sekali lagi Mohammad Azhari Rahman memuat naik entri yang menyatakan pihak Touch n Go telah memberikan tindakbalas atau respon terhadap kejadian yang menimpa adiknya.

Malah pihak “Touch n Go Update” memberitahu dan telah mengesahkan maklumat peribadi adiknya telah digodam malahan nombor telefon bimbit turut ditukar.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2744736668907179&id=100001126189691

Pihak pengurusan Touch n Go juga akan mengembalikan wang adiknya dalam masa 48 jam setelah mendapat serta mengesahkan kesahihan semua dokumen yang diminta.

Mohammad Azhari Rahman turut meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan sistem dan aplikasi berkenaan.– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments