Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA“Mak sanggup lari masuk hutan dari tengok IG dan dengar lagu kau...

“Mak sanggup lari masuk hutan dari tengok IG dan dengar lagu kau Kri” – Bonda Rozita Ibrahim

Belum reda kontroversi penderaan anak angkat melibatkan jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri kini pengasas produk D’Herbs sekali lagi mengejutkan warganet.

Aliff Syukri berkongsi teaser lagu terbaru, Ingin Bahagia di laman IGTV miliknya.

“lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas.. ..kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja..” tulisnya bersama video berdurasi 1.05 minit.

Dalam klip teaser berkenaan turut memaparkan dirinya menangis ketika menyampaikan lagu berkenaan dengan ‘editing’ air mata darah.

Di penghujung video berkenaan beliau sempat meminta warganet mendengar lagu yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat atau Isnin ini malah turut meminta mendoakan agar lagunya dapat memasuki pertandingan Anugerah Juara Lagu yang akan datang.

Amboi, tinggi betul angan-angan Dato’ ya!

Namun berbeza pula dengan pendapat ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang tampil bersuara dan meluahkan rasa kecewa dengan perangai anak lelakinya lebih-lebih lagi apabila beliau dihujani dengan kata-kata ‘tidak tahu menjaga anak’ yang meremukkan hatinya.

Jelas kekecewaan pada wajah Bonda Rozita terhadap tingkah laku anak lelakinya dan menegaskan bahawa suara jutawan muda berkenaan tidak enak didengar malah sanggup lari ke hutan dari melihat IG serta mendengar lagu anak lelakinya itu.

View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Bonda Rozita turut meminta anaknya bersikap profesional sebagai seorang usahawan bukannya penyanyi mahupun artis dan supaya memikirkan maruah keluarga, ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak-anak sebelum melakukan sebarang tindakan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments