Peranan penjawat awam berdepan situasi perubahan pentadbiran negara

0

Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media berkenaan peranan penjawat awam dalam berdepan dengan situasi perubahan pentadbiran negara dan termaktub enam peringatan, antaranya ialah:

1- Perkhimatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional malah penjawat awam juga harus bijak berdepan dengan cabaran dan memberi tumpuan kepada ‘managing the risks and always on site to see the progress’.

2- Perkhidmatan yang diberikan harus dilaksanakan dengan prinsip best delivery selaras dengan slogan “Saya Yang Menjalankan Amanah” kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada penjawat awam untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

3- Mengurus perubahan merupakan satu tugas yang sukar dan mencabar namun dengan teraju Ketua Setiausaha Negara bersama 1.6 juta penjawat awam yang lain, tugas tersebut akan dapat dilaksanakan dengan penuh amanah, tanggungjawab, pantas, serta bebas dari kesilapan dan persepsi negatif.

4- Penjawat awam harus sentiasa bersedia dengan kefahaman, komunikasi dan kaedah interaksi yang sesuai dalam berdepan dengan apa jua bentuk perubahan pasukan baharu kelak ke arah mengukuhkan pentadbiran negara.

5- Penjawat awam harus sentiasa mempunyai sifat berdaya tahan dan easy to adapt dalam melaksanakan tanggungjawab kelak bagi memenuhi ekspektasi rakyat selaku pemegang taruh (stakeholder) kepada pihak kerajaan.

6- Penjawat awam juga perlu menjauhkan diri dari kancah politik demi menjaga integriti dan profesionalisma perkhidmatan awam bagi memberikan perkhidmatan terbaik tanpa memihak kepada mana mana kumpulan kelak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply