Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITADatuk Mohamad Alamin angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat

Datuk Mohamad Alamin angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat

Ketua Umno Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dengan majoriti 2,029 undi pada 18 Januari lalu telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pagi tadi.

Angkat sumpah itu diadakan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md. Yusof bertempat di Kamar Khas Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Terdahulu, calon Barisan Nasional ini telah menewaskan pihak lawannya iaitu calon parti Warisan, Datuk Karim Bujang dalam pertandingan satu lawan satu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments