Monday, May 20, 2024
HomeBERITABosan dengan rutin harian anda? Jom bercuti sambil beriadah melakukan aktiviti lasak

Bosan dengan rutin harian anda? Jom bercuti sambil beriadah melakukan aktiviti lasak

Anda peminat out door activity?
Sanggup mengambil risiko berhadapan dengan cabaran fizikal?

Berkayak dengan menyusuri arus sungai yang deras, menyeberangi sungai yang dalam dengan hanya bergantung dengan tali, memanjat tembok dan halangan tinggi, berbasikal atau merentas hutan dan belukar dengan pacuan empat roda, ditemani nyamuk dan mungkin haiwan bahaya, atau berkhemah di tepi sungai tanpa bekalan api?

Ini semua memang menguji kekuatan dan kemampuan mental dan fizikal.

Namun aktiviti ini nyata memberi keseronokan jika dilakukan bersama keluarga serta rakan-rakan!

Sesekali melarikan diri dari rutin biasa, tidak salah untuk kita mengembara ke daerah baru yang asing serta menguji kemampuan diri!

Bertempat di Countryview Recreation Park, Jeram Besu, Raub, Pahang, kesemua aktiviti ini dapat anda lakukan!

Mereka turut menyediakan kemudahan seperti bilik atau dorm yang selesa dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, eletrik termasuk penghawa dingin dan katil untuk beradu.

Turut disediakan ialah kemudahan untuk makan dengan adanya kantin yang luas dan terbuka, dapatlah anda menjamu selera sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Makanan tradisional Pahang, masakan kampung atau barat, boleh ditempah!

Katering Labak yang terkenal di Raub, milik anak muda kelahiran Pahang saudara Khairul Anuar bersedia memenuhi permintaan selera anda.

Jadi, kepada anda yang sukakan cabaran dan mahukan kelainan ketika bercuti, apa kata dapatkan pengalaman baru disini.

Jom bercuti dan cabar diri! ????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments