Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenyokong DAP kecewa tawaran Muhyiddin untuk berdamai ditolak

Penyokong DAP kecewa tawaran Muhyiddin untuk berdamai ditolak

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan ramai penyokong DAP yang kecewa dan bertanya mengapa parti UMNO yang dikalahkan pada PRU-14 kini kembali berkuasa?

Katanya ada juga yang melontarkan soalan mengapa pembangkang tidak ada strategi lain? Mengapa bukan calon lain? Mengapa tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdamai ditolak dan banyak lagi persoalan.

Anthony Loke berkata semua ini adalah polemik yang tidak ada kesudahannya kerana masing-masing ada pandangan sendiri.

“Sudah tentu ramai penyokong kami yang kecewa dan bertanya mengapa parti UMNO yang dikalahkan pada PRU-14 kini kembali berkuasa? Mengapa pembangkang tidak ada strategi lain? Mengapa bukan calon lain? Mengapa tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdamai ditolak dan banyak lagi persoalan.

“Semua ini adalah polemik yang tidak ada kesudahannya kerana masing-masing ada pandangan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya semua pihak perlu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ujarnya yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah berlandaskan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan prinsip keluhuran Perlembagaan.

“Kami perlu patuh kepada keputusan tersebut untuk memastikan kelangsungan sistem demokrasi berparlimen kita yang berteraskan kepada prinsip Raja Berperlembagaan.

Sementara itu, Anthony Loke berpandangan, sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu mencari titik persefahaman bagi mengembalikan fokus  terhadap usaha memerangi wabak Covid-19 dan merendahkan suhu politik.

“Semua pihak perlu berlapang dada dan mengambil iktibar daripada nasihat Seri Paduka supaya menghulurkan tangan untuk bekerjasama supaya yang menang tidak menang semua manakala yang kalah tidak kalah semua,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments