Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM Singapura ucap tahniah kepada Ismail Sabri

PM Singapura ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi satu kenyataannya di Twitter, Perdana Menteri Singapura berkata menjemput Datuk Seri Ismail Sabri untuk melawat Singapura tidak lama lagi.
“Saya berharap dapat bertemu dengan beliau bagi membincangkan pelbagai perkara, terutama dalam meningkatkan lagi hubungan persahabatan serta memperluaskan kerjasama antara kedua negara,” katanya di Twitter.
Lee juga berkata beliau dan Datuk Seri Ismail Sabri bekerjasama rapat kebelakangan ini terutama dalam berdepan cabaran pandemik COVID-19.
–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments