Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenyebaran berita palsu COVID-19, PDRM telah buka 40 kertas siasatan setakat hari...

Penyebaran berita palsu COVID-19, PDRM telah buka 40 kertas siasatan setakat hari ini

Sepanjang tempoh kajian bermula 25 Januari hingga 17 Mac 2020 terdapat 40 kertas siasatan telah dibuka oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Kes ini berkaitan dengan kes-kes penyebaran khabar angin dan berita palsu berhubung isu COVID-19 di media sosial.

Daripada kesemua kertas siasatan, 11 kes telah dituduh di bawah Seksyen 505 (b) KK, 3 kes telah diputuskan sebagai No Futher Action (NFA) dan 26 lagi masih dalam siasatan pihak polis.

Kesemua kes adalah diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (KK) iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments