Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAMaya Matahari meninggal dunia

Maya Matahari meninggal dunia

Dalam kita mengharungi dugaan getir dengan penularan wabak pandemik COVID-19, negara dikejutkan dengan perkhabaran sedih tentang pemergian penyanyi dan pelakon era 90-an yang popular dengan lagu Matahari, Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee.

Maya,44 tahun disahkan meninggal dunia jam 4 petang tadi di Hospital Sungai Buloh.

Arwah dikhabarkan menghidap sakit kanser sejak beberapa tahun yang lalu.

Malahan, rakan baiknya, penyanyi dan penyampai radio Haiza menyatakan arwah telah menghidap penyakit terbabit sejak menyertai program hiburan Gegar Vaganza.

Arwah dikatakan telah menjalani rawatan di sebuah pusat kesihatan di China.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solehin.

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Al-Fatihah

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments