Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITASPRM bertugas seperti biasa, tetap patuh polisi Perintah Kawalan Pergerakan

SPRM bertugas seperti biasa, tetap patuh polisi Perintah Kawalan Pergerakan

Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac berkenaan penularan wabak Corona Virus Disease 19 (COVID-19) yang telah meningkat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan penyakit berjangkit berkenaan di pejabat SPRM seluruh negara.

Dalam hal berkenaan, Pengurusan Tertinggi SPRM telah memutuskan bahawa perkhidmatan SPRM diteruskan seperti biasa.

Namun perkhidmatan jabatan berkenaan masih tertakluk kepada Garis Panduan Pencegahan Penularan Penyakit Berjangkit COVID-19 yang sedang diguna pakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa sehingga penghujung bulan ini.

Demi kepentingan awam, suruhanjaya ini telah melaksanakan larangan kehadiran pihak luar di premis SPRM.

Larangan terbabit berkecuali bagi individu-individu, antaranya :

i. Saksi yang dipanggil untuk ditemu bual/ diambil penyataan bagi membantu proses siasatan tanpa kelengahan;

ii. Individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud siasatan;

iii. Individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud sambung jamin;

iv. Pengadu/pemberi maklumat; dan

v. Lain-lain individu yang perlu berjumpa dengan pegawai SPRM tanpa kelengahan bagi tujuan siasatan

Pihak SPRM turut mendoakan agar semua rakyat Malaysia dilindungi Allah S.W.T dan usaha pencegahan COVID-19 dipermudahkan serta keadaan negara akan kembali seperti sedia kala.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments