Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPenurunan ketara kes baharu COVID-19

Penurunan ketara kes baharu COVID-19

Kebelakangan ini kes-kes baharu COVID-19 telah menurun dengan ketara daripada ratusan kes setiap hari sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kepada puluhan kes sahaja.

Dengan usaha yang sedang giat dilakukan oleh petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta disiplin rakyat terhadap arahan PKP adalah tidak mustahil negara dapat mengurangkan lagi kes wabak ini ke tahap yang lebih minimal.

Sehingga kini jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh juga meningkat dengan ketara iaitu seramai 3,542 pesakit daripada keseluruhan kes.

Malaysia merupakan antara negara yang mencatat kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia dengan penurunan COVID-19 yang ketara dan diharapkan trend penurunan ini berterusan.

Perutusan Khas Ramadan oleh Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 23 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments