Sunday, May 19, 2024
HomeBERITALebih 100,000 pelajar akan dibenarkan pulang

Lebih 100,000 pelajar akan dibenarkan pulang

Sehubungan pencapaian positif penurunan kes COVID-19, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran terutamanya kepada pelajar-pelajar yang berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proses untuk membawa para pelajar pulang kini sedang dirancang oleh kerajaan mengikut kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kira-kira lebih 100,000 pelajar yang terlibat, justeru kerajaan perlu merancang pergerakan tersebut dengan teliti bagi memastikan ianya teratur dan tidak akan menyebabkan risiko jangkitan.

Menurutnya, sebelum para pelajar dibenarkan pulang mereka semua akan dipastikan berada dalam keadaan sihat tanpa bergejala.

Berbicara lanjut, beliau memaklumkan lagi butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam waktu yang terdekat.

Perutusan Khas Ramadan oleh Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 23 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments