Sunday, May 26, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Dua kematian libatkan petugas KKM dan warga emas sakit kronik

COVID-19 : Dua kematian libatkan petugas KKM dan warga emas sakit kronik

Dua kes kematian baharu #COVID19 direkodkan dalam negara setakat jam 5 petang hari ini (23 April).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 95 kes.

Mangsa pertama melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun, mempunyai penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Mangsa merupakan seorang anggota petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan direkodkan mempunyai rekod kontak rapat kes ke-3662.

Mangsa kedua pula merupakan lelaki warga emas berusia 67 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan juga buah pinggang.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Mangsa juga direkodkan mempunyai kontak rapat kepada kes ke 1575 (kluster PUI Bali).

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Al- Fatihah.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 23 April 2020 adalah seramai 2 orang.Ini menjadikan jumlah kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 23 April 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments