Friday, June 14, 2024
HomeBERITAPeniaga yang pernah ke Pasar Borong KL perlu jalani saringan COVID-19 segera

Peniaga yang pernah ke Pasar Borong KL perlu jalani saringan COVID-19 segera

Berhubung 28 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan disahkan positif COVID-19 dan antara tempat yang berada dalam kecurigaan adalah Pasar Borong Kuala Lumpur.

Kluster baharu di tapak pembinaan libatkan warganegara asing

Terbaharu, dihebahkan kepada mana mana peniaga yang pernah berkunjung ke Pasar Borong Kuala Lumpur agar tampil untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di pusat saringan yang berdekatan.

⚠️Perhatian kepada mana mana peniaga yang pernah berkunjung ke Pasar Borong Kuala Lumpur, mohon tampilkan diri untuk…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 05 Mei 2020

Ini adalah kerana kluster pasar borong telah mencatat 180 kes dan 80 dari jumlah terbabit melibatkan jangkitan peniaga luar dari Pasar Borong Kuala Lumpur.

Antara faktor yang menjadi risiko ketika berada di pasar adalah kerana keadaan sesak, padat dan kebersihan yang kurang memuaskan.

Ini menyebabkan pengunjung berisiko mendapat jangkitan.

Berbeza dari kluster lain, peniaga pasar borong mempunyai pergerakan ke tempat lain semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Risiko penyebaran ke populasi warga asing juga adalah salah satu penyebab kerana ramai di antara mereka berada di sekitar kawasan berkenaan.

Orang awam diingatkan agar berhati hati kerana perjuangan melawan penularan wabak pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments