Saturday, June 22, 2024
HomeBERITATiada caj tambahan bayaran ansuran perjanjian sewa beli

Tiada caj tambahan bayaran ansuran perjanjian sewa beli

Tiada caj tambahan dikenakan di atas bayaran insurans perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah).

Memetik kenyataan media, Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

“Merujuk saranan kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah).

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut”, ujar beliau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=133229104993511&id=102339531415802?sfnsn=mo

Berbicara lanjut, beliau mengesahkan tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

Menurut beliau, peminjam perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium terbabit.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk dengan pihak bank yang menguruskan perjanjian sewa beli masing-masing.

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan turut berharap agar keputusan yang telah dikeluarkan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments