Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKluster baharu di tapak pembinaan libatkan warganegara asing

Kluster baharu di tapak pembinaan libatkan warganegara asing

Belum lagi 24 jam masyarakat mulai bekerja, kini telah timbul kluster baharu melibatkan tapak pembinaan di ibu kota, Kuala Lumpur.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini seramai 28 pekerja tapak pembinaan telah disahkan positif COVID-19.

Kluster baharu. Kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur. 28 pekerja disahkan positif. Semua warganegara asing. Punca…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 03 Mei 2020

Kesemua individu ini dilaporkan warganegara asing namun punca jangkitan masih dalam siasatan.

Antara siasatan berhubung dengan punca jangkitan ini tertumpu kepada tiga kluster sedia ada iaitu :

1. Kluster Perhimpunan Seri Petaling
2. Kluster pasar borong KL
3. Kluster Kampung Baru

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan besar jangkitan ini tidak berkaitan dengan kluster dari Perhimpunan Seri Petaling.

Kini kedua-dua kluster yang tersenarai iaitu kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dan kluster Kampung Baru berada pada tahap ‘mencurigakan’.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berada di rumah dan jangan keluar jika tiada kepentingan. Namun jika terpaksa keluar jarakkan diri daripada individu lain.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments