Wednesday, July 10, 2024
HomePOLITIKPengarah drama 4 Penjuru di khuatiri lemas ketika memancing

Pengarah drama 4 Penjuru di khuatiri lemas ketika memancing

Di laman media sosial mula viral tentang perkhabaran sedih mengenai anak kepada Seniwati Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, telah hilang setelah bot dinaikinya dipercayai karam tengahari tadi.

The Malaya Post difahamkan, Pitt Hanif telah pergi memancing bersama sahabatnya, Sham di Sungai Mela, Kuala Lipis Pahang.

Menurut perkongsian di laman Instagram isteri Pitt Hanif, Farah Ahmad, dalam nada sebak dia menceritakan ketika itu Pitt sedang memancing dan telah pun mendapat ikan.

View this post on Instagram

Maaf xdapat layan semua. #prayforpitthanif

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

Namun, nasib tidak menyebelahinya, bot yang dinaiki bersama sahabatnya telah terbelah dua dan karam.

Dia juga ada memuatnaik gambar Pitt yang berada di dalam bot, iaitu gambar sebelum berlakunya kejadian terbabit.

Terbaru, Farah telah berkongsi berita yang yang bertulis Pitt Haniff telah dikuatiri lemas di sungai berkenaan.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga urusan pencarian mangsa berjalan dengan lancar.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments