Kerajaan memutuskan penganjuran bazar Ramadhan tidak akan dibenarkan selagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ini bagi memastikan kes jangkitan COVID-19 berupaya dikawal sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jika PKP ditamatkan dalam waktu terdekat pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan SOP baharu mengenai isu bazar Ramadhan.
“Pasar ramadhan seperti yang saya maklumkan iaitu cadangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mesyuarat telahpun memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan semua bazar ramadhan tidak dibenarkan.
“Walau bagaimanapun jika PKP ditamatkan maka seperti saya sebut bahawa pihak MKN akan menyediakan SOP selepas PKP,” ujar Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganjuran semua bazar Ramadan tidak akan dibenarkan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 03 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply