Sunday, June 16, 2024
HomeBERITABayaran BPN bermula 6 April, orang ramai dinasihati berhati-hati dengan taktik “scammer”...

Bayaran BPN bermula 6 April, orang ramai dinasihati berhati-hati dengan taktik “scammer” – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa pertama bakal diagihkan secara berperingkat bermulai 6 April 2020.

Setelah merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN), beliau memaklumkan bagi fasa pertama BPN pakej Prihatin,seramai 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah pun diluluskan dan pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin) dan dibayar secara terus ke akaun bank.

Siaran Media YB Menteri Kewangan Tengku Zafrul Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai 6 April 2020.

Dikirim oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumat, 03 April 2020

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN ini dipercepatkan demi membantu
rakyat Malaysia yang memerlukannya”, ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan “scammers” yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej Prihatin ini.

Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments