Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPerak rangka Pakej Ransangan Ekonomi bantu pengusaha PKS

Perak rangka Pakej Ransangan Ekonomi bantu pengusaha PKS

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan penghargaan di atas keprihatinan komuniti perniagaan dan para pemain industri terhadap langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19.

Memetik kenyataan media, beliau berkata pihak kerajaan mengambil maklum tentang kekangan yang sedang dihadapi oleh komuniti perniagaan dan para pemain industri sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Atas dasar itu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan beberapa langkah penting bagi membantu majkan dan komuniti perniagaan dalam tempoh yang sukar ini.

“Pada 27 Mac lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billon yang akan turut memberi manfaat kepada komuniti pemiagaan dan majkan.

“Antara inisiatif yang diumumkan adalah dana tambahan RM4.5 bilion bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menggajikan hampir 65 peratus daripada tenaga kerja tempatan, kemudahan skim jaminan berjumlah RM5O bilion bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja, penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April, program Khidmat Rundingan Majikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain lagi,” ujar beliau.

Susulan itu, Kerajaan Negeri Perak telah memulakan usaha merangka Pakej Ransangan Ekonomi membantu komuniti perniagaan khususnya pengusaha PKS, dengan bantuan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kewangan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri Perak juga telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan dengan perwakilan Dewan Pemiagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), negeri Perak menerusi sidang video bersama Dato’ Seri Ahmad Faizal semalam.

Antara langkah awal yang akan diambil susulan sesi perbincangan semalam adalah untuk meneliti semula waktu operasi pasar borong seperti yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua,iaitu di antara jam 4 pagi hingga 10 pagi

Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk memudahcara syarikat-syarikat yang telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi meneruskan operasi dalam tempoh pelaksanaan PKP Fasa Kedua sehingga 14 April 2020 atau sehingga ianya ditark balik.

“Menteri Besar juga telah mengarahkan PEMUDAH Perak untuk memainkan peranan proaktif bagi memudahcara urusan dan proses permohonan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan meneruskan usaha sesi libat urus (engagement) dengan perwakilan NCCIM dari semasa ke semasa bagi membantu Komuniti pemiagaan dan pemain industri Perak yang menjadi penyumbang penting kepada kemakmuran rakyat dan negeri berkenaan,” katanya.

Sidang video semalam turut disertai Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, Dato’ Muhammad Muhiyuddin Abdullah, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) Dato Liew Sew Yee, Penasihat Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Perak, Dato’ Gan Tack Kong, Presiden Dewan Perniagaan India Perak, Ravi Shankar, Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Perak, Tony Khoo Boon Chuan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments