Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPenerbangan ke Sabah dan Sarawak beroperasi sekali seminggu

Penerbangan ke Sabah dan Sarawak beroperasi sekali seminggu

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memaklumkan tiada penerbangan domestik di Semenanjung beroperasi.

Walau bagaimanapun, untuk ke negeri Sabah dan Sarawak operasi penerbangan berjalan seperti biasa iaitu sekali seminggu.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail berkata sesiapa sahaja yang pulang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak akan dikuarantin selama 14 hari setelah tiba di kedua-dua negeri terbabit.

Penerbangan domestik (Semenanjung) masih dibenarkan beroperasi di Lapangan Terbang Subang melalui perkhidmatan Firefly.

Kelmarin, dilaporkan seramai 479 penumpang menggunakan lapangan terbang berkenaan.

Penerbangan domestik semenanjung dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA tidak beroperasi kecuali ke Sabah dan Sarawak…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Sabtu, 18 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments