Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITADua kematian libatkan warga emas dan warga Myanmar

Dua kematian libatkan warga emas dan warga Myanmar

Daripada maklumat terkini, terdapat dua penambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

Kes kematian ke-87 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

Pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Pesakit dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia 12 April jam 3.20 petang.

Kes kematian ke-88, lelaki warganegara Myanmar lingkungan usia 36 tahun dan dirawat di Hospital Selayang pada kelmarin (17 April).

Pesakit hadir ke hospital pada tahap kritikal dengan jangkitan radang paru-paru dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama iaitu 17 April, jam 10.00 pagi.

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 18 April 2020. Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,305 kes,…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 18 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments