Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAAkad nikah secara ‘sidang video’ selaras ketetapan baharu JAWI

Akad nikah secara ‘sidang video’ selaras ketetapan baharu JAWI

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail mengulas tentang majlis akad nikah yang dilakukan secara sidang video (video conference) yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Majlis Akad Nikah pasangan pengantin yang dilakukan secara sidang video pada hari ini adalah selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada (17 April) yang
memberikan kelonggaran kepada pasangan yang telah memperolehi ‘Kebenaran Berkahwin’ daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video.

Menurut beliau, majlis akad nikah terbabit masih berdasarkan garis panduan dan borang permohonan yang telah ditetapkan melalui laman web www.jawi.gov.my.

Tambah beliau lagi, ia juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-97 yang bersidang pada 15 sehingga 17 Disember 2011 dan memutuskan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Namun bagi urusan lain seperti Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk pasangan yang belum lagi mendapat Kebenaran Berkahwin, Pendaftaran Nikah, Cerai, Ruju, dan Kursus Pra-perkahwinan Islam, kesemua urusan terbabit ditangguhkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3533420210006784&id=100000165185652

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments