Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPendekatan pembelajaran kanak-kanak di rumah

Pendekatan pembelajaran kanak-kanak di rumah

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga akan bermula esok (15 April) selama dua minggu.

Susulan arahan PKP, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran RTM, TV Okey malah para guru juga mengambil pendekatan mengajar atau mengadakan kelas secara online berjadual memastikan para pelajar terus dapat belajar.

Namun, ibu bapa juga berperanan besar memantau anak-anak supaya tidak leka dengan gajet mahupun menonton televisyen.

Memetik perkongsian Majlis Keselamatan Negara (MKN), jabatan terbabit berkongsi tingkah laku adaptif (penyesuaian tingkahlaku) dan aktiviti pembelajaran dari rumah buat kanak kanak.

Kaedah yang pertama adalah dengan menetapkan jadual belajar dan beriadah yang perlu dirancang terlebih dahulu melalui jadual harian untuk belajar dan beriadah tanpa membazirkan masa terluang.

Yang kedua pula, mengurangkan penggunaan gajet supaya kanak-kanak tidak leka dan lalai ketika bermain gajet atau melayari laman media sosial.

Kemudian, perbanyakkan minum air suam kerana dengan meminum air suam dengan kerap, ianya dapat melancarkan sistem penghadaman dan juga sistem perkumuhan.

Para ibu bapa atau penjaga disaran mengurangkan pemakanan manis terhadap anak-anak bertujuan mengawal tingkah laku agar tidak menjadi terlalu aktif.

Seterusnya, menjaga kesihatan dan memastikan kebersihan diri serta sentiasa berhati-hati agar tidak terdedah dengan sebarang risiko penyakit berjangkit.

Yang terakhir, makan mengikut waktu bagi memastikan nutrisi dalam badan berada dalam keadaan yang konsisten.

TINGKAH LAKU ADAPTIF AKTIVITI PEMBELAJARAN DARI RUMAHUntuk panduan kita bersama. Teruskan berada di rumah dan patuhi…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 13 April 2020

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa menguruskan anak-anak ketika di rumah.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments