Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Lima kes kematian melibatkan warga emas dan warga asing

COVID-19 : Lima kes kematian melibatkan warga emas dan warga asing

Lima kes kematian #COVID19 dilaporkan pada hari ini (14 April).

Empat kes melibatkan warga emas warganegara Malaysia yang memiliki sejarah penyakit kronik.

Kes kelima pula merupakan seorang lelaki warganegara asing.

Kes pertama melibatkan pesakit perempuan berusia 74 tahun dan mempunyai sejarah penyakit buah pinggang.

Mangsa dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan kes ke 4088 (kluster Seri Petaling) dan meninggal dunia di Hospital Melaka.

Kes kedua merupakan seorang lelaki berusia 81 tahun, menghidap penyakit kencing manis.

Rekod juga menunjukkan mangsa mempunyai kontak rapat dengan kes ke 343 (kluster Seri Petaling).

Mangsa meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Bagi kes ketiga melibatkan lelaki berusia 63 tahun, mengalami masalah jantung dan buah pinggang.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa keempat juga merupakan seorang lelaki dan berusia 65 tahun.

Mempunyai rekod penyakit kencing manis, masalah buah pinggang serta darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Manakala mangsa terakhir adalah seorang lelaki warganegara asing.

Pesakit dilaporkan meninggal dunia di Kota Kinabalu, Sabah.

Kes mangsa kini berada di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia.

Ini menjadikan jumlah kes kematian adalah seramai 82 orang dengan kadar kematian dalam negara seramai 1.64%.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Al- Fatihah.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 14 April 2020 adalah seramai 5 orang.Ini menjadikan jumlah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 14 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments