Sunday, May 19, 2024
HomePOLITIKAnwar bertemu PM Muhyiddin, hargai usaha kerajaan tangani COVID-19

Anwar bertemu PM Muhyiddin, hargai usaha kerajaan tangani COVID-19

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas.

“Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi”

“Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat” kata presiden PKR itu di Facebook.

Turun dibangkitkan adalah ketelusan dalam penyampaian maklumat, keberkesanan pelaksanaan pakej rangsangan dan cadangan untuk pertingkat ujian saringan Covid-19

“Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan”

“Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi”

Katanya lagi, Perdana Menteri juga menyentuh sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah berkait Covid-19.

“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” katanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments