Perikatan Nasional : Ada lagi beberapa Adun PH bakal keluar parti, isytihar bebas?

0

Berikutan pengumuman gabungan baharu, Perikatan Nasional (PN) sah membentuk kerajaan di Perak dengan memperoleh 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan gabungan Parti BERSATU, UMNO dan PAS 

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu sidang akhbar bersama Pengerusi UMNO Perak, Dato’ Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman turut memberitahu kemasukan dua orang wakil rakyat, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Dato’ Abdul Yunus Jamhari sebagai anggota baharu BERSATU.

Beberapa jam selepas pengumuman pembentukan kerajaan baharu, tiga Adun Pakatan Harapan Perak mengumumkan keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Dua daripada tiga Adun tersebut adalah merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti ini iaitu Paul Yong Choo Kiong (DAP) dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (AMANAH).

Seorang lagi Adun yang keluar parti itu adalah A. Sivasubramaniam daripada DAP.

Dalam satu sidang media, ketiga-tiga Adun tersebut turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Nampaknya gelombang Perikatan Nasional bukan terhenti di situ sahaja apabila timbul perkhabaran terdapat beberapa ADUN yang akan melompat parti menyokong kerajaan baharu.

Menurut sumber, perbincangan sedang dilakukan dan pengumuman susulan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan laporan sebuah portal kononnya terdapat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu akan lompat parti.

Khabar angin itu timbul selepas Dato’ Seri Ahmad Faizal yang juga berperanan sebagai “king maker” akan menyokong gabungan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply