Agensi sahkan Hong Ki Joo memandu di bawah pengaruh alkohol, akan jalani siasatan lanjut

0

Saram Entertainment mengesahkan pelakon Hong Ki Joon terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 7 Mac lalu.

Laporan mengatakan, ketika kejadian pelakon berusia 42 tahun itu sedang tidur di dalam kereta yang terletak di tengah jalan berhampiran Macheon Crossroad.

Ujian pengesanan alkohol (breathalyzer) yang dijalankan terhadap Ki Joon menunjukkan tahap kandungan alkoholnya cukup tinggi, kata pegawai polis Songpa.

Susulan lanjut, pelakon drama bersiri “Hyena” berkenaan sedang menunggu panggilan dari pihak berkuasa bagi menjalani penyiasatan polis seterusnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply