Ketua Pemuda AMANAH nasional antara tiga Adun PH Perak keluar parti, umum jadi bebas

0

Tiga Adun Pakatan Harapan Perak telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Tindakan tersebut sususlan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak hari ini.

Dua daripada tiga Adun tersebut adalah merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti ini iaitu Paul Yong Choo Kiong (DAP) dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (AMANAH).

Seorang lagi Adun yang keluar parti itu adalah A Sivasubramaniam daripada DAP.

Dalam satu sidang media, ketiga-tiga Adun tersebut turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Choo Kiong berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hak rakyat sebagai wakil rakyat.

“Kita sudah fikir beberapa hari lalu kita buat satu ketetapan di mana kami bertiga mengambil keputusan keluar parti dan menjadi bebas supaya hak rakyat di kawasan kita dan seluruh perak dipelihara.

“Terbentuknya Perikatan Nasional tidak sempurna tanpa kehadiran wakil rakyat dari kaum Cina dan India,” katanya.

Leave a Reply