Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAPelakon remaja seharusnya tutup aib, lapor kepada polis bukan sebaliknya

Pelakon remaja seharusnya tutup aib, lapor kepada polis bukan sebaliknya

BANGI, 6 Sept – Susulan pendedahan pelakon remaja yang mendakwa dicabul bapa kandungnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berpandangan dia sepatutnya melaporkan segera kejadian itu kepada polis dan bukan membuka aib mendedahkannya kepada orang ramai.

Katanya laporan polis membolehkan pelakon itu mendapat pembelaan undang-undang dan melindunginya daripada sebarang ancaman pada masa akan datang.

“Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.

“Dia sepatutnya lapor kepada pihak polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022, di sini, hari ini.

Datuk Idris mengulas tindakan pelakon berusia 15 tahun itu, yang mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemubual dalam satu program di YouTube, baru-baru ini.

Pelakon remaja itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, semalam berkata, beliau bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Katanya, jika dakwaan itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments