Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAAnnuar Musa sindir Syed Saddiq 'jangan syok sendiri'

Annuar Musa sindir Syed Saddiq ‘jangan syok sendiri’

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyindir Ahli Parlimen Muar kerana berhempas pulas nak claim credit.

Katanya kerajaan mendengar dengan jelas mengenai keperluan anak muda tanpa perlu merujuk ciapan Ahli Parlimen Muar itu di Twitter.

Terdahulu di Parlimen, Tan Sri Annuar memaklumkan jenama dan model itu yang ditawarkan oleh syarikat Samsung boleh menyokong pengguna kad sim rangkaian 4G dan LTE.

Katanya pembekalan peranti itu dilakukan oleh lima syarikat terpilih melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Sabah dan Sarawak, utara, tengah dan selatan Semenanjung.

Sementara itu, dalam ciapan terbaharu Syed Saddiq, beliau ada memberi reaksi balas berkenaan isu sama.

Berikut komen Syed Saddiq.

Untuk rekod pembekal boleh membekal sehingga 400,000 tablet dengan perolehan fasa pertama membabitkan 300,000 unit, sementara tambahan 50,000 unit boleh dilanjutkan tanpa perolehan baharu.

Pengagihan Peranti Siswa di bawah Fasa 1 bermula Ahad lalu hingga pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments