Monday, May 20, 2024
HomeBERITADituduh meraba, pukul pelakon remaja popular, bapa buat laporan polis - Ketua...

Dituduh meraba, pukul pelakon remaja popular, bapa buat laporan polis – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan telah membuat laporan polis berhubung pendedahan anaknya di media sosial, baru-baru ini, mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan dipukul lelaki itu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim perkara bapa pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam, untuk menafikan dakwaan itu.

Katanya setakat ini, Polis Kuala Lumpur belum menerima sebarang laporan polis daripada pelakon remaja terbabit atau daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baru-baru ini, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temubual di YouTube membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah.

Menerusi temubual itu, pelakon itu turut mendakwa dia sering diraba dan dicium bapa kandungnya, ketika dia berusia lima hingga enam tahun.

Lelaki itu juga didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelakon remaja itu termasuk melakukan onani di hadapannya.

Malah dia dikatakan mengajak anak perempuannya itu menonton video lucah bersama-sama.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments