Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAKemasukan pembantu rumah dari Indonesia seawal bulan depan

Kemasukan pembantu rumah dari Indonesia seawal bulan depan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Kemasukan sekumpulan besar pembantu rumah Indonesia ke negara ini hanya berlaku seawal bulan depan.

Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Datuk Foo Yong Hooi, berkata ini kerana berlaku kelewatan membabitkan dokumentasi di peringkat kedutaan Indonesia yang mana prosesnya hanya diuruskan selepas 1 September.

Katanya kebiasaannya boleh diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Lapor Berita Harian majikan juga perlu membayar gaji berjumlah RM1,840 (tanpa cuti) kepada pembantu rumah Indonesia seperti termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara negara itu dan Malaysia yang dipersetujui sebelum ini.

“Belum berlaku lagi kemasukan secara beramai-ramai membabitkan pembantu rumah dari Indonesia kerana kami dimaklumkan dokumentasi sedang berada di peringkat kedutaan.

“Bagi pengambilan pembantu rumah Indonesia, kos keseluruhannya mencecah RM15,000 dengan gaji yang perlu dibayar ialah RM1,840 tanpa cuti hujung minggu dan RM1,500 dengan cuti, seperti ditetapkan negara itu.

“Atas dasar itu, kebanyakan majikan mula beralih kepada pembantu rumah dari Filipina kerana bayaran gajinya yang hampir sama selain sudah tidak boleh tunggu… mereka sudah mula masuk ke negara ini sejak Jun dan Julai lalu,” katanya.

Malaysia dan Indonesia menandatangani MoU bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di negara ini pada 1 April lalu.

Namun pada 13 Julai lalu, Indonesia mengumumkan keputusan untuk membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang dipersetujui melalui MoU berkenaan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments