Monday, May 20, 2024
HomeBERITA1,055 kes penderaan kanak-kanak direkod dalam tempoh enam bulan tahun ini

1,055 kes penderaan kanak-kanak direkod dalam tempoh enam bulan tahun ini

PASIR MAS, 6 Sept – Sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga Jun tahun ini.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada jumlah itu 578 kes membabitkan penderaan fizikal, 417 kes penderaan seksual dan 60 kes penderaan emosi.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sebanyak 67 peratus atau 706 kes membabitkan kanak-kanak perempuan dan 33 peratus atau 349 kes , kanak-kanak lelaki.

“Sepatutnya anak-anak kita dilindungi, kita sayangi bukan untuk kita ganasi, bukan untuk kita buat berlaku tak sepatutnya jadi sebab itulah kita memandang serius perkara ini sebab itu kempen ini kita laksanakan supaya semua anggota masyarakat bertanggungjawab sama-sama dalam kita melindungi kanak-kanak,” katanya.

Datuk Siti Zailah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Kelantan di Pasir Mas.

Hadir sama, Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan kaktus sebagai simbol kepada kebersamaan komuniti dan kerajaan dalam menangani isu jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

Beliau berharap isu penderaan terhadap kanak-kanak ini diambil serius oleh semua pihak.

Orang ramai yang mengesyaki terdapat berlakunya kes penderaan kanak-kanak supaya menghubungi Talian Kasih 15999 agar isu tersebut dapat ditangani bersama.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments