KULAI, 6 Sept – Kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan perlu selari.
Ia penting kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi memastikan kemajuan dan usaha untuk merancakkan pembangunan Negeri Johor berjaya.
Justeru, kata Menteri Besar Johor, rakyat diseru memilih wakil yang mampu menjalankan tugas, terutamanya mereka yang bijak membangunkan kawasan.
“Tetapi saya di sini memikirkan agenda nak majukan Johor. Hendak majukan Johor tidak cukup hanya YDP, Exco dan ADUN sahaja. Kita memerlukan kerajaan yang stabil di pusat,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Parlimen Kulai.
Tambahnya, Kulai mempunyai potensi besar untuk dimajukan, selain merupakan destinasi strategik menarik pelabur, yang membawa manfaat kepada rakyat menerusi peluang kerja dan pendapatan lebih tinggi.
Dalam majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf pembentungan di Kampung Jaya Sepakat, untuk mengatasi masalah banjir.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply