Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPM ucap tahniah, Liz Truss Perdana Menteri UK baharu

PM ucap tahniah, Liz Truss Perdana Menteri UK baharu

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan Yang Terutama Mary Elizabeth Truss  sebagai Perdana Menteri United Kingdom baharu.

Dato’ Seri dalam satu kenyataan di Twitter  berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Tahniah diucapkan kepada Puan Yang Terutama Mary Elizabeth Truss di atas lantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom.

“Selamat menjalankan tugas dan saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Liz Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.
Truss, 47, yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339.

Pelantikan pemimpin baharu itu dibuat di Istana Balmoral, Scotland hari ini dan bukan di Istana Buckingham, London seperti kebiasaannya susulan isu kesihatan yang dihadapi baginda Ratu Elizabeth II ketika ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments