Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAPelajar yang dihantar pulang diasingkan, kapasiti penumpang dihadkan separuh bagi mematuhi penjarakkan...

Pelajar yang dihantar pulang diasingkan, kapasiti penumpang dihadkan separuh bagi mematuhi penjarakkan sosial

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan para pelajar yang dibenarkan pulang akan menjalani ujian saringan sebelum menaiki bas.

Kerajaan juga akan membekalkan makanan dan topeng muka kepada semua pelajar yang terlibat ketika proses pergerakan pulang.

Pelajar akan diasingkan serta kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada jumlah sebenar bagi memastikan penjarakkan sosial dipatuhi ketika di dalam bas.

“Pelajar-pelajar ini akan dijemput dari kampus masing-masing dan dibawa terus ke daerah mereka serta dihantar ke balai polis ataupun pejabat daerah.

“Daripada balai polis atau pejabat daerah, pelajar akan dihantar ke rumah masing-masing melalui agensi-agensi kerajaan seperti frontliners yang telah ditetapkan di setiap daerah,” ujar beliau.

‪Pergerakan penghantaran pulang pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula Isnin ini secara berperingkat.‬‪#MinDefMalaysia‬‪#COVID19‬

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Jumat, 24 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments