Sunday, July 14, 2024
HomeBERITAPelajar yang pulang ke zon hijau di Sabah dan Sarawak perlu dikuarantin...

Pelajar yang pulang ke zon hijau di Sabah dan Sarawak perlu dikuarantin wajib

Pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian COVID-19 (Non Health) sebentar tadi sudah tentu amat dinantikan oleh para pelajar yang kini berada di kolej atau kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Menurut beliau, para pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri (no interstate travel) dan hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan.

Bagi pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak, pihak kerajaan akan menyediakan penerbangan bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.

Bagi pelajar yang akan pulang ke Zon Hijau di Sabah dan Sarawak, mereka akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dgn kampung mereka dan akan menjalani kuarantin wajib 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Para pelajar IPT yang berada dibawah kawal selia kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, proses penghantaran pulang perlu mengikuti ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang ditetapkan.

Para pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus, pihak kerajaan akan terus menyediakan makan minum seperti biasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments