Satu kes kematian COVID-19 melibatkan warga emas lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun.
Mangsa mempunyai rekod penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang merupakan kes kematian ke-96 dalam negara.
Pesakit berkontak rapat kepada kes ke-1345 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Merujuk laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit disahkan meninggal dunia hari ini di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 4 Petang, 24 April 2020 adalah seorang.Ini menjadikan jumlah kes kematian…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 24 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply